Bekas Ketua Polis Filipina didakwa rasuah dadah

Oscar Albayalde - Foto Agensi
Oscar Albayalde - Foto Agensi
A
A
A

MANILA - Bekas Ketua Polis Filipina bakal menghadapi tuduhan rasuah kerana didakwa melindungi pegawai yang dikaitkan dengan perdagangan dadah.

Menurut Jabatan Kehakiman, pendakwa mendapati alasan munasabah untuk mendakwa Oscar Albayalde kerana tidak menghukum pegawai yang dituduh gagal merekodkan 163 kilogram (kg) dadah dan AS$191,000 (RM775,000) melalui serbuan dilakukan pihak berkuasa.

"Seramai 13 pegawai polis lain akan didakwa dengan kesalahan dadah dan menerima rasuah untuk peranan mereka dalam operasi di wilayah Pampanga dekat utara Manila," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Albayalde bagaimanapun berulang kali menafikan tuduhan tersebut dan mengalu-alukan kes itu sebagai peluang untuk membersihkan namanya.

Tuduhan yang dikenakan terhadap Albayalde membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!