KBS enggan layan spekulasi - Adam Adli

Adam (tiga,kiri) ketika menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir pada Khamis.
Adam (tiga,kiri) ketika menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir pada Khamis.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pihaknya tidak akan melayan sebarang spekulasi yang timbul berhubung insiden yang menimpa tiga pemain bola sepak baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, sebaliknya tumpuan utama kementerian itu pada saat ini untuk meningkatkan aspek keselamatan atlet agar insiden keganasan seumpama itu tidak berulang lagi.

Menurutnya, sebarang spekulasi yang timbul hanya akan mengeruhkan keadaan sekali gus menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk terus menjalankan siasatan untuk mengesan pelakunya.

"Kita sangat berdukacita dan kecewa serta kita tidak sangka perkara ini boleh berlaku terutama sekali di saat kita memerlukan sokongan dan juga dukungan semua pihak dalam membangunkan arena sukan kita.

"Kita tidak akan layan spekulasi dan serahkan siasatan kepada pihak berkenaan," katanya.

Adam (tiga dari kiri ) ketika sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir pada Khamis.
Adam (tiga dari kiri ) ketika sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2024 (HBN2024) di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Mohd Azhari Mohammad.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, pihaknya juga menolak sebarang keganasan dalam sukan dan kejadian ini sedikit sebanyak telah menjejaskan sukan lain.

"Namun kita berharap semua orang dapat ambil iktibar dan bersikap lebih berhati-hati," katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun individu tidak dikenali disusuli pula dengan insiden, Faisal Halim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di Petaling Jaya.

Malah, pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa serangan terbaharu oleh dua individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan kelab itu di Seri Gelam pada malam Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!