Kira-kira 80,000 warga Palestin tinggalkan Rafah berikutan serangan Israel
KUALA LUMPUR - Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah meninggalkan Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei lepas.
Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.
"Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.
Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata,” katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!