KJ dinamakan ahli lembaga syarikat berpangkalan di India

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

BEKAS Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah Fischer Medical Ventures Ltd yang beribu pejabat di India.

Syarikat itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Fischer Chemic Ltd, mengumumkan pelantikan beliau sebagai pengarah tambahan atas kapasiti pengarah bebas untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024 dalam makluman pasaran saham baru-baru ini.

Khairy berkhidmat selaku Menteri Kesihatan Malaysia antara 2021 dan 2022 manakala sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari 2020 hingga 2021.

Fischer Medical Ventures terlibat terutamanya dalam perdagangan bahan kimia dan jentera makmal.

Syarikat itu mengumumkan perubahan dalam pengurusan susulan kejayaan menyelesaikan tawaran terbuka yang dilakukan oleh Time Medical International Ventures Pte Ltd dan pelabur lain.

Lembaga pengarah meluluskan pelantikan Ravindran Govindan sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan manakala Svetlana Rao Raviwada sebagai Pengarah sepanjang masa untuk tempoh lima tahun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!