190 penumpang cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat

Tayar pesawat Corendon Airlines pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis. Foto X-FL360aero
Tayar pesawat Corendon Airlines pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis. Foto X-FL360aero
A
A
A

ANKARA - Penumpang pesawat Corendon Airlines dari Cologne, Jerman ke Antalya, Turkiye berdepan detik cemas apabila sebiji tayar jet penerbangan itu pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye berkata, kesemua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.

Bagaimanapun tiada penumpang pesawat yang cedera dan penilaian awal menunjukkan tiada kerosakan pada landasan.

Sementara itu, kesemua penerbangan masuk dilencongkan sementara ke Lapangan Terbang Antalya. - Bernama- Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!