Pusat hiburan dibaling bom petrol
KUALA LUMPUR - Suasana gempar di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng di sini selepas sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol dalam kejadian awal pagi Khamis.
Video kejadian pertama yang tular berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Individu terlibat kemudiannya dilihat membaling objek dipercayai bom petrol ke arah premis terbabit sebelum beredar.
Video kedua tular memaparkan beberapa individu bertindak membantu memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
"Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Suasana gempar di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur selepas sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol dalam kejadian awal pagi Khamis. Video kejadian pertama yang tular berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit. Individu terlibat kemudiannya dilihat membaling objek dipercayai bom petrol ke arah premis terbabit sebelum beredar. Muzik: TwinsMusic - Save Humanity dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #KualaLumpur #VideoViral
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!