‘Tarikan’ suami orang yang ramai tidak tahu
PERCAYA atau tidak, kata-kata manis penuh pujuk rayu, cinta sayang, manja dan belahan jiwa, semua itu ada di bibir seorang lelaki yang bergelar suami orang tetapi bukan pada suami sendiri.
Biarpun fizikal suami orang ini bertubuh gempal, perut buncit dan sudah beruban, namun ramai wanita bujang ataupun isteri orang mudah cair dek sifat prihatin dan kehandalan mereka mengendalikan emosi kecamuk wanita.
Apa sebab suami orang begitu menarik? Suami orang ini selalunya jarang bicara hal pasangannya sendiri tetapi boleh mendengar rungutan berjela wanita yang tidak puas hati terhadap pasangan halalnya.
Yang pasti, suami orang ini jauh lebih manja daripada kucing siam apabila bersama skandalnya. Jika wanita bujang terpesona dengan suami orang itu perkara biasa namun ketika ini, golongan isteri orang juga sudah mula ‘masuk carta’.
Biarpun jumlahnya tidak ramai namun situasi ini menunjukkan rapuhnya institusi kekeluargaan.Apa sudah jadi dengan sifat pelindung lelaki yang bergelar suami? Mengapa hati wanita tersakiti sebegitu sekali?
Perbuatan curang terjadi apabila salah seorang pasangan merasa bosan dan tidak bahagia dengan hubungan mereka. Mereka berasa tidak puas dari segi emosi, komunikasi serta fizikal, mungkin disebabkan perubahan usia dan sebagainya.
Justeru ingatlah wahai suami, apabila isteri mula berasa tidak dihargai, hubungan akan mula renggang dan di situlah bibit-bibit pasangan mencari alternatif baharu akan bermula.
Kembalikan perhatian kalian kepada isteri yang sah kerana mereka perlu bimbingan, kasih sayang dan didikan. Isteri bukan untuk ditekan tetapi diampuni dan dilindungi.
Seperkara yang perlu kita ingat, syaitan bernama Dasim tugasnya memecahbelahkan suami isteri, memutuskan ikatan perkahwinan dan menjarakkan hubungan. Persoalannya sekarang, wanita penyondol ini yang gelojoh atau suami orang yang gatal? Tepuk dada tanya iman.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline ‘Tarikan’ suami orang yang ramai tidak tahu #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Pojok #Suami #RumahTangga #Lelaki #Isteri
Careless Whisper - George Michael
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!