Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terjunam sungai

Kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki pasangan kekasih itu sebelum terjunam ke dalam Sungai Paya Lebar, di sini, pada malam Khamis.
Kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki pasangan kekasih itu sebelum terjunam ke dalam Sungai Paya Lebar, di sini, pada malam Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam dalam sungai gara-gara takut dicekup berkhalwat di Paya Lebar, Masjid Tanah, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 malam itu, suspek berusia 30 tahun dipercayai takut selepas berselisih dengan kereta peronda (MPV Polis) yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah.

"Suspek bertindak memecut kenderaan kira-kira sejauh 14 kilometer sebelum Perodua Myvi yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Paya Lebar.

Ashari
Ashari

"Kemudian dia terus melarikan diri dengan berenang ke seberang dan meninggalkan teman wanita dalam kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ujarnya, pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut tidak menjumpai sebarang kesalahan dan suspek dipercayai melarikan diri kerana takut dicekup berkhalwat dengan teman wanita yang baharu dikenalinya itu.

"Wanita berusia 26 tahun itu telah diselamatkan pihak polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dihantar ke rumah saudaranya di Telok Gong.

"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!