10 pemandu bawa lebih muatan ditahan

Sebahagian kenderaan perdagangan membawa lebih muatan ditahan pihak JPJ dalam Operasi Khas Lebih Muatan yang dilakukan di seluruh negeri Selangor pada Khamis. Foto JPJ
Sebahagian kenderaan perdagangan membawa lebih muatan ditahan pihak JPJ dalam Operasi Khas Lebih Muatan yang dilakukan di seluruh negeri Selangor pada Khamis. Foto JPJ
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 10 buah kenderaan perdagangan yang masih berdegil membawa lebih muatan ditahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Khamis.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pihaknya telah menjalankan Operasi Khas Lebih Muatan di beberapa lokasi tumpuan di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 26 buah kenderaan perdagangan telah diperiksa, manakala 11 kenderaan diambil tindakan.

Sebahagian kenderaan perdagangan membawa lebih muatan ditahan pihak JPJ dalam Operasi Khas Lebih Muatan yang dilakukan di seluruh negeri Selangor pada Khamis. Foto JPJ
Sebahagian kenderaan perdagangan membawa lebih muatan ditahan pihak JPJ dalam Operasi Khas Lebih Muatan yang dilakukan di seluruh negeri Selangor pada Khamis. Foto JPJ

"Selain itu, sejumlah 37 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, antara kesalahan yang banyak dikesan sepanjang operasi berjalan adalah kesalahan teknikal.

Sehubungan itu menurutnya, JPJ Negeri Selangor akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan ke atas kenderaan perdagangan dari masa ke masa.

Jelas beliau, ia bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan, seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Untuk sebarang aduan trafik, orang ramai boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!