Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM500 hingga RM1,500 secara bulanan melalui pindahan akaun orang tengah daripada sebuah syarikat perikanan sebagai dorongan untuk membocorkan maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan.

"Siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki terlibat dengan perbuatan itu antara tahun 2022 dan 2023.

"Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 30-an hingga 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 2.45 petang pada Khamis di pejabat SPRM Perlis ketika diminta hadir memberi keterangan," katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!