Rizky Febian serah mahar jongkong emas, wang buat Mahalini

Rizky Febian dan Mahalini selamat disatukan dengan sekali lafaz pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
Rizky Febian dan Mahalini selamat disatukan dengan sekali lafaz pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
A
A
A

PASANGAN popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi pasangan itu.

"Alhamdulillah sah!" tulis Rizky Febian dan Mahalini dalam foto bersama di Instagram.

Rizky dan Mahalini dilihat memakai pakaian adat Sunda serba putih dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu.

Pada hantaran sama, pasangan itu menunjukkan cincin di jari manis masing-masing dan mempamerkan buku nikah berwarna merah dan hijau.

Rizky Febian dan Mahalini selamat disatukan dengan sekali lafaz pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
Rizky Febian dan Mahalini selamat disatukan dengan sekali lafaz pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, individu yang turut hadir dalam majlis itu dikenali sebagai Ustaz Maulana memaklumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Hingga Tua Bersama itu menyerahkan mahar berupa kepingan emas dan wang.

"Cuma sekali lafaz selesai alhamdulillah. Dengan mahar yang disebutkan ada kepingan emas dan ada wang. Cuma jumlahnya saya tidak pasti.

Artikel Berkaitan:

"Kemudian, saya diminta untuk memberi nasihat pernikahan," katanya.

Perjalanan cinta Rizky dan Mahalini bermula pada 7 Februari 2022 sebelum memutuskan untuk bertunang pada 7 Mei 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!