PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
SHAH ALAM - Setiap parti mesti mempunyai calon Perdana Menteri tersendiri, namun Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan berhubung isu tersebut.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain mengekalkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
“Isu (calon PN) ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi. Buat masa ini kita tumpu agenda perkasakan PN dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
“Tidak perlu timbul polemik perkara yang tidak pasti. Semua parti mesti ada tokoh (Perdana Menteri), namun PN akan membuat keputusan bila sampai masanya nanti.
“Seperti PN setuju lantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, demi kepentingan negara pada masa itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!