Pembakaran terbuka: Polis Kelantan pantau pengguna jalan raya

Polis Kelantan memantau pengguna jalan raya yang sedang berdepan jerebu tebal susulan pembakaran hutan sejak minggu lalu terutama pada waktu pagi. Gambar kecil: Muhamad Zaki
Polis Kelantan memantau pengguna jalan raya yang sedang berdepan jerebu tebal susulan pembakaran hutan sejak minggu lalu terutama pada waktu pagi. Gambar kecil: Muhamad Zaki
A
A
A

PASIR PUTEH - Polis Kelantan memantau pengguna jalan raya yang sedang berdepan jerebu tebal susulan pembakaran hutan sejak minggu lalu terutama pada waktu pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk memudahkan pengguna jalan raya yang berdepan dengan masalah tersebut.

"Selain anggota trafik, unit kereta peronda (MPV) dan unit rondan bermotosikal (URB) akan turut digerakkan di lokasi-lokasi yang melibatkan jarak pandangan terlalu dekat," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Aidilftri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Jumaat.

Hadir sama ialah, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria.

Menurut beliau, kon pantulan cahaya mungkin boleh diletakkan sebagai salah satu usaha memudahkan pengguna semasa pemanduan.

Ujarnya, bagaimanapun Polis Kelantan akan berbincang dengan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) berkait perkara itu.

Muhamad Zaki memberitahu, setakat ini tiada lokasi khusus yang diberikan perhatian.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 3,000 penduduk Kampung Beris Lalang, di Bachok mendakwa terpaksa hidup bersama asap sejak seminggu lalu susulan kebakaran hutan akibat cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!