Wanita maut kereta jatuh sungai

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap dalam kereta.
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap dalam kereta.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini pada pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan, kejadian berlaku jam 7.39 pagi dan mangsa dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Isa, 40.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda dengan bantuan Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian

"Ketika tiba pihaknya menemui Perodua Alza di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa wanita berada dalam kenderaan terbabit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Jurucakap berkenaan berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 10.06 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga, Kepala Batas pada pagi Sabtu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan, kejadian berlaku jam 7.39 pagi dan mangsa dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Isa, 40. #fyp#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan #Maut original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!