Status Machado, Saddil bersama Sabah petang esok samar

Saddil dan Machado. Foto Agensi
Saddil dan Machado. Foto Agensi
A
A
A

PASUKAN pilihan Sabah FC mungkin terpaksa melupakan khidmat Ramon Machado dan Saddil Ramdani menjelang sepak mula Liga Super 2024 /25 menentang Penang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kedua-dua tonggak The Rhinos masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan selepas aksi pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.

Biarpun begitu kata Kim Swee, pihaknya masih mempunyai masa 48 jam untuk melihat secara keseluruhan tahap kecergasan kedua-dua tonggak berprofil tinggi itu sebelum membuat keputusan dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula dan dalam masa sama Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok.

“Penjaga gol, Damien Lim terpaksa diketepikan untuk tempoh enam ke lapan minggu susulan kecederaan medial collateral ligament (MCL) dialaminya ketika saingan Sabah Maju Jaya Cup 2024 berdepan Hougang United 29 April lalu.

“Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa mendapatkan semula tahap kecergasannya. Begitu juga dengan S Kumaahran yang masih berada dalam senarai kecederaan pasukan,” katanya.

Mengenai persiapan menentang Penang FC, Kim Swee mengakui skuad Harimau Kumbang itu bukan lawan mudah memandangkan pasukan pelawat mempunyai jurulatih baharu serta beberapa pemain berkualiti.

“Penang FC juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

“Ini menunjukkan Penang FC sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25. Sabah FC juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara dalam Piala SMJ lalu,” ujar Kim Swee.

LIGA SUPER 2024/25

AHAD (12 MEI)

Sabah FC lwn Penang FC

(Stdm Likas, 5.45 petang)

Kuala Lumpur City FC lwn Kuching City FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!