PRK KKB: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
HULU SELANGOR - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Proses pengundian di 17 pusat mengundi masih berlangsung dalam suasana hujan dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.
Terdahulu, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang memiliki 40 pengundi, telah ditutup pada 2 petang tadi.
Proses penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.
PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!