Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM

Tangkap layar hantaran Ahmad Faizal menerusi Facebook pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran Ahmad Faizal menerusi Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kenyataan yang terkait mengenai kekesalannya terhadap penjelasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai isu tersebut adalah tidak benar.

“Kenyataan media yang sedang giat disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, isu mengenai perbincangan tersebut masih belum dibangkitkan dan tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab isu yang dibangkitkan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menegaskan tidak pernah membincangkan berkenaan isu tersebut selain mengekalkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon pada PRU16 akan datang.

Susulan itu, tular mengenai kenyataan Ahmad Faizal yang mendakwa bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menamakan mana-mana individu lain, maka calon Perdana Menteri dari PN dikekalkan selain kesal dengan penjelasan dibuat Tuan Ibrahim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!