Hafidz kejutkan penyandang juara L'Etape Malaysia

Hafidz (kanan) menjuarai perlumbaan basikal L'Etape Malaysia 2024 edisi ketiga yang berlangsung di Melaka.
Hafidz (kanan) menjuarai perlumbaan basikal L'Etape Malaysia 2024 edisi ketiga yang berlangsung di Melaka.
A
A
A

BEKAS pelumba basikal pasukan Forca Amskin Racing (FAR), Mohamed Hafidz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.

Hafidz yang beraksi dalam penampilan kedua pada kejohanan berbasikal amatur terbesar negara itu menewaskan juara tahun lalu, Matthew Brittain apabila melengkapkan kayuhan sejauh 140 kilometer (km) dengan catatan masa 3 jam 20 minit 31.56 saat (s).

Matthew yang merupakan bekas pemenang pingat emas Olimpik London 2012 acara mendayung empat berpasukan dan kini berpangkalan di Singapura sekadar mencatat masa 3:20:31.57s diikuti Thomas Tong juga dari Singapura 3:22:28.00s untuk tempat ketiga.

"Ia adalah kemenangan yang tidak dijangka dan ia benar-benar hari bertuah saya.

"Saya hanya fokus dan meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan penamat," katanya.

Bagi kategori wanita pula, juara kategori Elit edisi 2023 Alicia Brittain mewakili Singapura mempertahankan gelaran sama.

Alicia merupakan isteri kepada Matthew dinobat juara selepas menamatkan kayuhan dengan catatan 3:23:27.41s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi peserta Malaysia Amelie Tan (3:47:05.93s) dan peserta Singapura Rita Loh (4:00:43.35s).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 3,358 peserta menyertai edisi ketiga L'Etape Malaysia oleh Tour de France itu, melibatkan dua jarak kayuhan 140km dan 70km.

Lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!