Nahas 3 lori: Laluan berhampiran Terowong Menora sesak 7km

Foto: Pembaca

Keadaan nahas membabitkan tiga kenderaan berat berhampiran Terowong Menora, pagi tadi.
Keadaan nahas membabitkan tiga kenderaan berat berhampiran Terowong Menora, pagi tadi.
A
A
A

IPOH - Laluan arah utara di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar dekat sini sesak sejauh lebih 7km susulan kemalangan melibatkan tiga lori pagi ini.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi di Kilometer 257.0 membabitkan dua treler dan sebuah lori tangki.

Nahas menyebabkan lorong kiri terhalang dan maklumat awal terdapat mangsa yang cedera.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam Twitter rasminya memaklumkan, setakat jam 10.18 pagi tadi lorong kiri masih terhalang berikutan kerja-kerja pengalihan dijalankan.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!