Speedy Tigers akur akhiri PSAS di tempat keempat

Malaysia terpaksa akur meraih tempat keempat PSAS setelah tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi klasifikasi 3/4 di Ipoh pada Sabtu. Foto Agensi
Malaysia terpaksa akur meraih tempat keempat PSAS setelah tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi klasifikasi 3/4 di Ipoh pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

IMPIAN skuad hoki negara untuk menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di tempat ketiga tidak kesampaian setelah tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi klasifikasi 3/4 di Ipoh sebentar tadi.

Status sebagai juara bertahan dan kemenangan 6-4 dalam perlawanan peringkat round-robin, skuad Speedy Tigers gagal memanfaatkan peluang itu apabila terpaksa berpuas hati menamatkan kejohanan berprestij itu di tempat keempat.

Skuad bimbingan Sarjit Singh memulakan saingan dengan positif apabila di depan pada minit ketiga hasil gol padang Azrai Aizad Abu Kamal, namun selepas itu, The Speedy Tigers berdepan tempoh yang mencabar.

Scott Cosslett hanya memerlukan dua minit untuk memastikan New Zealand mengikat kedudukan dengan gol pukulan sudut penaltinya sebelum Jonty Elmes meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringan padang pada minit ke-10.

Kegagalan Azrai Aizad menyempurnakan pukulan penalti dalam suku ketiga mengundang padah buat pasukan negara apabila New Zealand menambah satu lagi jaringan menerusi pukulan sudut penalti Dane Lett pada minit ke-48.

Penyerang berpengalaman, Fitri Saari merapatkan jurang dengan gol padangnya pada penghujung aksi, tetapi ia belum cukup untuk melakar kebangkitan Speedy Tigers sekali gus terpaksa akur menamatkan kempen di kedudukan keempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!