PH pertahan DUN Kuala Kubu Baharu

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

HULU SELANGOR - Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Kemenangan Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada malam Sabtu.

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

Kemenangan itu juga menyaksikan wanita berusia 31 tahun berkenaan menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Khairul Azhari mendapat 10,131, Hafizah (152) dan ke Xin (188).

Sementara itu, Yuhanas Auree turut memaklumkan terdapat 263 undi ditolak dengan menyaksikan peratusan keluar mengundi sebanyak 61.51 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

PH berjaya mempertahankan kerusiDUN Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
PH berjaya mempertahankan kerusiDUN Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Artikel Berkaitan:

Pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Mendiang kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Rqya (SPR), seramai 40,226 pemilih di DUN berkenaan layak mengundi termasuk 863 pengundi awal.

Secara keseluruhan sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.

Bagaimanapun, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!