Penjaja 'rambo' digempur DBKL

Penjaja warga asing digempur selepas tular di media sosial menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima jalan.
Penjaja warga asing digempur selepas tular di media sosial menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima jalan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau penjaja 'rambo' di sekitar Jalan Hang Tuah di ibu negara di sini.

Dalam kenyataan di Facebook, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan, penjaja warga asing itu digempur selepas menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima jalan.

Ujar kenyataan itu, pihak DBKL telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Penjaja Tanpa Lesen susulan maklumat orang awam yang tular di media sosial, pada Jumaat.

Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.
Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.

“Rentetan maklumat aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi mendapati terdapat tiga aktiviti perniagaan yang dilakukan melibatkan seorang penjaja telur ayam (warga asing) dan dua penjaja sayuran, buah-buahan, ikan, barangan am oleh warga tempatan secara tanpa lesen daripada pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial itu.

Jelas kenyataan itu, tiga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta-merta dikeluarkan termasuk dua notis kompaun di bawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan di laman sesawang Adu@KL di pautan adukl.dbkl.gov.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Penjaja 'rambo' digempur DBKL #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #KualaLumpur #DBKL #Penjaja #PBT #WargaAsing #Sayur

Epic News - DM Production

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!