Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata

Laporan didedahkan Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Foto Reuters
Laporan didedahkan Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Laporan didedahkan Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.

Namun, ia tidak mengenal pasti pencabulan yang boleh menamatkan bantuan ketenteraan Washington kepada Tel Aviv.

Laporan itu didedahkan Jumaat lalu.

Menurut Jabatan Negara AS, Israel tidak mengemukakan maklumat mencukupi untuk membolehkan ia mengesahkan aspek pencabulan dalam perang di Gaza.

White House sebelum ini mengeluarkan memorandum keselamatan nasional, meminta Israel dan negara lain yang menerima bantuan ketenteraannya untuk mengemukakan jaminan bertulis berhubung penggunaan senjata itu, mengikut undang-undang antarabangsa.

AS kemudian akan membuat keputusan mengenai bantuan selajutnya berdasarkan jaminan bertulis itu.

Laporan itu bagaimanapun memaklumkan, Biden percaya Israel mengambil langkah sesuai untuk menangani kebimbangan AS.

AS menjadi sekutu konsisten Israel sepanjang tujuh bulan operasi ketenteraan di Gaza.

Artikel Berkaitan:

Perang itu, bagaimanapun mencetus kritikan ke atas Israel dan AS susulan kebimbangan berkaitan isu kemanusiaan.

Hampir 35,000 penduduk Palestin maut di Gaza, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Sehingga kini, kepungan Israel ke atas Gaza berterusan menyebabkan akses kepada makanan, air dan bekalan elektrik sangat terhad. - Awani/Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!