Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong. - Facebook
Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong. - Facebook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

"Saya sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu yang amat penyayang kepada anak-anak. Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!