Kebakaran lebih 156 hektar hutan di Kampung Kual berjaya dipadam

JBPM Kelantan menggunakan sumber air dari telaga tiub yang disalurkan ke dalam sistem perparitan sedia ada. Foto BBP Bachok
JBPM Kelantan menggunakan sumber air dari telaga tiub yang disalurkan ke dalam sistem perparitan sedia ada. Foto BBP Bachok
A
A
A

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 156.6 hektar di Kampung Kual, Beris Lalang di sini pada Ahad.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, kebakaran tersebut melibatkan kawasan hutan gelam, belukar, kebun sawit dan kebun getah.

Kebakaran melibatkan kawasan hutan gelam, belukar, kebun sawit dan kebun getah. Foto BBP Bachok
Kebakaran melibatkan kawasan hutan gelam, belukar, kebun sawit dan kebun getah. Foto BBP Bachok

"Seramai 33 anggota bomba termasuk APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) telah terlibat dalam operasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, bomba menggunakan sumber air dari telaga tiub yang disalurkan ke dalam sistem perparitan sedia ada.

JBPM Kelantan berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 156.6 hektar di Kampung Kual, Beris Lalang di Bachok pada Ahad. Foto BBP Bachok
JBPM Kelantan berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 156.6 hektar di Kampung Kual, Beris Lalang di Bachok pada Ahad. Foto BBP Bachok

Ujarnya, pemadaman dijalankan secara ‘direct attact’ menggunakan empat buah pam bergerak.

Media sebelum ini melaporkan, Tentera Darat Malaysia (TDM) digerakkan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di Kampung Kual Kecil, Gunong di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!