Tidak timbul isu PH menang walaupun tanpa sokongan MCA

Mohamed Khaled menyematkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM, Sarjan (B) Ibrahim Abdul Rahman Pada Majlis Penganugerahan PJM Tahun 2024 di Dewan Taman Pulai Utama pada Ahad. Foto Bernama
Mohamed Khaled menyematkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM, Sarjan (B) Ibrahim Abdul Rahman Pada Majlis Penganugerahan PJM Tahun 2024 di Dewan Taman Pulai Utama pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tidak timbul isu calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Pang Sock Tao tetap menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu walaupun tanpa sokongan MCA.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau percaya pengundi di Kuala Kubu Baharu sudah matang dan dapat berfikir serta tidak terpengaruh dengan sentimen-sentimen politik pada PRK kali ini.

"Jadi soal sokong atau tidak sokong itu soal MCA, kena tanya mereka jangan tanya saya. Hubungan UMNO dengan MCA, ok," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) tahun 2024 di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di sini, pada Ahad.

Seramai 475 veteran tentera serta wakil hadir bagi menerima penganugerahan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya yakin keputusan sama akan dapat dilihat sekiranya berlaku PRK pada masa akan datang.

“Saya percaya orang KKB (Kuala Kubu Baharu), dapat berfikir dengan matang. Lagi pun sampai bila nak berpolitik. Saya juga percaya kawasan lain pun akan matang dan apabila berlaku PRK, perkara sama akan berulang.

“Mereka juga berfikir hala tuju negara dalam tiga atau empat tahun ini dan mereka sedar, negara perlukan kerajaan yang kuat.

Artikel Berkaitan:

“Mereka juga mungkin sudah bosan dan penat kerana asyik berpolitik dan menyifatkan negara perlu ‘move on’ sahaja,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!