Enam sekawan termasuk kanak-kanak nyaris dihanyutkan kepala air

Bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa daripada dihanyutkan kepala air - Foto: Bomba
Bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa daripada dihanyutkan kepala air - Foto: Bomba
A
A
A

NILAI - Enam sekawan termasuk seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dihanyutkan kepala air di Sungai Batang Labu, Batu 9, Kampung Tebing Tinggi dekat sini pada petang Ahad.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku ketika kesemua mereka masing-masing berusia 10, 14 (tiga orang), 16 dan 17 tahun sedang mencari telefon bimbit mereka yang hilang di lokasi terbabit

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan tiba pada jam 5.25 petang

"Jarak ke lokasi kejadian dalam 14 kilometer dan sebaik tiba didapati enam mangsa terperangkap di atas batu sungai akibat air yang mengalir deras dan kepala air.

"Teknik penyelamatan digunakan dengan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) bagi membawa kesemua mangsa ke tempat selamat," katanya pada Ahad.

Menurutnya, kesemua mangsa berjaya diselamatkan jam 6.40 dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!