Mayat rentung ditemukan dalam kebakaran rumah kedai
PONTIAN - Satu mayat ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah kedai tiga tingkat di Taman Mutiara di sini pada Ahad.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hasan Abd Rahman berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian menerima makluman berhubung kejadian pada jam 12.29 tengah hari Ahad.
Menurutnya, sejurus menerima panggilan berkenaan anggota dari BBP Pontian Baru dan BBP Pontian telah dihantar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kebakaran didapati berlaku di tingkat dua sebuah rumah kedai tiga tingkat yang diubah suai menjadi bilik sewa.
"Pemeriksaan menemui satu mangsa yang rentung dalam sebuah bilik berhampiran dapur," katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!