Tiga tokan dadah diberkas

Kesemua suspek direman selama enam hari mulai 10 Mei hingga 16 Mei ini. Foto IPD Kluang
Kesemua suspek direman selama enam hari mulai 10 Mei hingga 16 Mei ini. Foto IPD Kluang
A
A
A

KLUANG - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai tokan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam serbuan itu polis turut menemukan 16 peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu bernilai RM21,000.

Menurutnya, hasil semakan mendapati dua suspek lelaki mempunyai rekod lampau narkotik, sementara suspek wanita pula rekod lampau jenayah.

"Saringan ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua suspek direman selama enam hari mulai 10 Mei hingga 16 Mei," katanya satu kenyataan pada Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!