Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel

Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad. Foto Facebook Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad. Foto Facebook Mohamad Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.

Selain itu beliau berkata, kedua-dua mereka turut berkongsi pandangan mengenai situasi di Timur Tengah, khususnya konflik Palestin-Israel, yang memerlukan usaha berterusan berdasarkan kepada dinamik hubungan antara kuasa besar dan Israel.

“Kedua belah pihak menekankan keperluan gencatan senjata segera yang kekal dan menekankan kepentingan rundingan yang sedang berlangsung.

“Ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa lawatan rasmi beliau ke Jerman dilihat sebagai titik perubahan pandangan komuniti global terhadap tindakan agresif dan genosid Israel terhadap Palestin.

“Kedua-dua belah pihak menyentuh secara ringkas peranan Malaysia yang akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN - GCC semasa Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun 2025,” katanya lagi.

Dalam pada itu Mohamad berkata, perkara yang turut menjadi tumpuan semasa kunjungan hormat tersebut ialah usaha mengukuhkan hubungan dua hala melalui Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi (HLJC) dan Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA).

Selain itu beliau berkata, Malaysia turut memanjangkan jemputan kepada Sheikh Mohammed untuk melawat Malaysia. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!