Joao Neves dalam radar United
MANCHESTER United merancang untuk mendapatkan pemain tengah Benfica, Joao Neves sekiranya kelab itu bersetuju menjual Casemiro pada musim panas ini.
Berdasarkan laporan Record, United telah mengarahkan wakil mereka ke Portugal untuk membawa Neves ke Old Trafford.
Tambah laporan itu, United mengenal pasti Neves sebagai pemain sesuai bagi menggantikan Casemiro.
Pemain berusia 19 tahun itu tampil konsisten sepanjang kariernya bersama Benfica.
Namun, United dikhabarkan berdepan masalah untuk merekrut Neves pada jendela perpindahan akan datang kerana
Benfica menuntut harga yang tinggi sebelum bersetuju melepaskan pemain tersebut.
Difahamkan, Benfica bersetuju melepaskan Neves sekiranya ada kelab yang sanggup membayar klausa pelepasan berjumlah sekitar 120 juta Euro (RM612 juta).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!