Arsenal manfaatkan ketidakstabilan United di Old Trafford

Trossard pencetak gol tunggal kemenangan Arsenal ke atas Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Ahad. Foto Agensi
Trossard pencetak gol tunggal kemenangan Arsenal ke atas Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN Arsenal, Leandro Trossard memanfaatkan ketidakstabilan bahagian pertahanan Manchester United untuk kemenangan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, pada Ahad.

Tiga mata penting diraih ke atas skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag itu membolehkan The Gunners dikemudikan Mikel Arteta kembali menyingkirkan penyandang juara Manchester City dari takhta Liga dengan kelebihan satu mata.

Manchester City bimbingan Pep Guardiola mengumpul 85 mata kurang satu daripada Arsenal, berpeluang kembali memimpin liga sekiranya menang ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Rabu.

Pada ketika ini Manchester City dilihat memiliki kelebihan kerana mempunyai dua baki perlawanan berdepan Tottenham diikuti West Ham United berbanding satu Arsenal yang melabuh tirai liga dengan kunjungan ke Stadium Goodison Park, menentang Everton.

Arsenal sebelum itu yang hanya menang buat kali kedua di Old Trafford dalam 17 kunjungan terakhir mereka, menampilkan kesebelasan terbaik bagi memburu keputusan positif bagi memberikan tekanan kepada Manchester City biarpun

Amad Diallo dan Alejandro Garnacho kerap menghadirkan ancaman terhadap David Raya.

Keberhasilan taktikal Arteta, individu pernah berguru dengan Guardiola di Etihad sebelum ini, membuahkan hasil apabila Trossard memanfaatkan hantaran bertenaga Kai Havertz untuk gol minit ke-20.

Bagi Manchester United pula kekalahan ke-14 hadir selepas hanya meraih satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir musim ini, melebarkan momentum kekecundangan selepas diaibkan 0-4 Crystal Palace di Stadium Selhurst Park, pada 7 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Gol Trossard yang mengegarkan Old Trafford itu juga menyaksikan anak buah Ten Hag yang melepaskan gol ke-82 musim ini dalam semua kejuaraan - gol terbanyak dalam satu kempen sejak musim 1970/71

Manchester United juga telah tewas 19 perlawanan dalam semua kejuaraan musim ini, sama banyak sejak 1977/78 (19 perlawanan), manakala sembilan kekalahan di Old Trafford musim ini paling banyak di laman sendiri dalam satu musim - 1920/21, 1930/31, 1933/34, 1962/63 dan 1973/74.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!