Alonso bangga disiplin pemain Leverkusen

Alonso
Alonso
A
A
A

JUARA Jerman, Bayer Leverkusen sudah bersedia menjadi pasukan pertama dalam sejarah Bundesliga yang mengharungi sepanjang musim tanpa kalah, kata pengendali Xabi Alonso selepas membelasah VfL Bochum 5-0 di Vonovia Ruhrstadion.

Leverkusen yang mengejar kejuaraan treble melepasi Bochum, apabila memanfaatkan kehilangan Felix Passlack yang dilayangkan kad merah pada minit ke-15 separuh masa pertama, untuk melebarkan rekod tanpa kalah luar biasa merentasi semua pertandingan musim ini kepada 50 perlawanan berturut-turut, dengan baki satu perlawanan liga.

Anak buah Alonso sebelum ini melepasi rekod tanpa kalah Eropah milik kelab Portugal, Benfica yang telah lama dicatat dari 1963 hingga 1965, ketika seri 2-2 menentang AS Roma yang membawa Leverkusen ke final Liga Europa.

Terbaharu, kemenangan ke atas Bochum juga menyaksikan Leverkusen menjadi pasukan ketiga dalam sejarah Bundesliga yang kekal tidak tewas dalam setiap perlawanan di tempat lawan dalam semusim.

"Sejujurnya selepas kad merah itu, permainan menjadi amat berbeza untuk kami di sini.

"Saya sangat berpuas hati dengan keputusan kerana ia penting bagi kami. Sekarang kami mempunyai matlamat hebat pada hujung minggu untuk memenangi kejuaraan tanpa sebarang kekalahan. Itu tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Alonso.

Leverkusen, yang akan menentang Atalanta dalam perlawanan akhir Liga Europa dan menentang Kaiserslautern dalam perlawanan akhir Piala Jerman pada Mei nanti, akan melayan Augsburg di tempat sendiri pada perlawanan akhir Bundesliga Sabtu, mereka juga akan menerima trofi liga.

"Untuk menerima gelaran di Leverkusen akan menjadi sangat istimewa.

Artikel Berkaitan:

"Pemain-pemain telah memberi tumpuan sepanjang musim jadi bagi mereka ia akan menjadi sangat istimewa. Saya bangga dengan mereka," kata Alonso.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!