Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu

Julina dilantik sebagai Ketua Pengarah JaPen yang baharu berkuat kuasa pada Isnin. Gambar Facebook Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa
Julina dilantik sebagai Ketua Pengarah JaPen yang baharu berkuat kuasa pada Isnin. Gambar Facebook Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Menurut Kenyataan JaPen, pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik, memulakan karier sebagai penjawat awam pada 1996.

"Dilahirkan di Johor, beliau merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui Japen sejak penubuhannya pada tahun 1945.

"Melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau diyakini akan dapat memperkasakan tata kelola serta meneruskan kecemerlangan Japen," jelasnya pada Isnin.

Julina, 53, sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), JaPen pada tahun 2023.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Wilayah Persekutuan; Kementerian Kewangan Malaysia; Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mengucapkan tahniah kepada Julina atas pelantikan tersebut.

"Semoga Japen akan terus menjadi peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa seiring dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya menerusi laman Facebook.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!