[VIDEO] Lelaki menyamar Ketua Polis Johor tawar lepas 11 tahanan didenda RM1,000

A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus bangunan yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor dengan membuat tawaran untuk melepaskan 11 tahanan dengan bayaran RM1,500 seorang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

A Ganasean, 51, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Ganasean (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.
Ganasean (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya seorang individu dengan menyamar sebagai Ketua Polis Johor.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Baru Sentul, di sini pada jam 8.35 malam, 6 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 417 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, seorang pengadu telah menerima panggilan telefon daripada seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Artikel Berkaitan:

Ganasean (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.
Ganasean (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.

Tertuduh didakwa membuat tawaran untuk membebaskan 11 tahanan dengan bayaran RM1,500 seorang.

Semasa prosiding, peguam, S Narasimhan yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar yang minimum tanpa pemenjaraan.

Menurutnya, Ganasean perlu menanggung isteri dan lima anak termasuk dua daripadanya masih bersekolah.

“Dia malu dengan isteri dan anak-anaknya kerana melakukan kesalahan berkenaan, selain kesal, insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kes sama di masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon, mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana dia sengaja menyamar sebagai Ketua Polis Johor demi keuntungan diri sendiri,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!