Harga tiket Zoo Johor dijangka meningkat

Mohd Jafni
Mohd Jafni
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Harga tiket Zoo Johor dijangka berlaku sedikit peningkatan apabila dibuka semula pada Ogos depan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, peningkatan harga tiket itu berlaku pada kadar amat minimum bagi mengekalkan status harga tiket zoo termurah di negara ini.

"Bagaimanapun, bagi warga asing harga yang dikenakan akan dinaikkan dua kali ganda berbanding harga tiket lama.

"Kerajaan Johor akan tetap menawarkan harga tiket Zoo Johor yang murah kepada warga tempatan, walaupun dijangka berlaku kenaikan sedikit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, harga tiket kemasukan ke Zoo Johor adalah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, sekali gus menjadi harga tiket zoo termurah di Malaysia dan Asia.

Ditanya mengenai pembukaan semula Zoo Johor yang dijadualkan Ogos depan, Mohd Jafni menjelaskan, kerja naik taraf berjalan lancar dan sudah mencapai 80 peratus.

"Hanya tinggal 20 peratus lagi kerja naik taraf membabitkan bumbung laluan pejalan kaki dan kerja landskap.

Artikel Berkaitan:

"Saya sudah buat tinjauan di Zoo Johor minggu lalu, kerja kritikal termasuk tembok runtuh serta sistem kumbahan sudah selesai dijalankan," katanya.

Pada 15 April lalu, media melaporkan pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan lalu ditangguhkan ke Ogos ini berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.

Mohd Jafni dilaporkan berkata, kerja-kerja menaik taraf luar jangka itu membabitkan kos tambahan sebanyak RM1.1 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!