Kraf Kelapa
A
A
A
Memanfaatkan daerah tempat tinggalnya Bagan Datuk, iaitu antara hab penanaman kelapa terbesar negara, bekas pekerja swasta tersebut 'menukarkan' tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraftangan bernilai tinggi.
Mad Saril berkata idea mencipta barangan dan perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul, pada 2011.
"Saya memang ada bakat seni sikit, saya lihat di sini , banyak penanaman kelapa, jadi penjual santan memang akan bakar tempurung yang tak digunakan, jadi saya borong, yang terbiar jatuh pun banyak, saya ambil dan pada mulanya saya bentukkan untuk hasilkan cenderamata kecil seperti key-chain,"katanya ketika ditemui di bengkelnya Saril Kraftani, baru-baru ini.
Katanya selepas cenderamata dari tempurung itu mendapat sambutan, dia mula menghasilkan barangan lebih besar saiznya seperti replika pokok kelapa, jambangan bunga malah menghasilkan mangkuk dan barangan dapur seperti sudip dan sebagainya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!