Amy Search tunai haji 6 Jun depan

Amy
Amy
A
A
A

VOKALIS rock terkenal, Datuk Amy, akan berangkat menunaikan ibadah haji pada 6 Jun depan.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, beliau berasa cukup bersyukur dan gembira apabila impiannya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isteri tercinta, Norhasliza Hassan menjadi kenyataan.

"Sepatutnya saya pergi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, tetapi tak dapat visa. Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya untuk ke sana.

"Memang rasa berdebar sebab umrah saya dah biasa pergi, cuma untuk haji saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya kepada ALLAH SWT," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Search di Villa Zamara, Sungai Penchala baru-baru ini.

Tambah Amy, apa yang diharapkan agar perjalanannya dipermudahkan sekali gus dan dapat memanjatkan doa buat anak-anak, sanak saudara dan sahabat handai.

"Saya berdoa ALLAH berikan saya perjalanan yang lebih baik dan lebih indah. Apa saja dugaan yang bakal saya terima di sana nanti, saya terima dengan reda.

"Tentunya apabila berada di sana nanti, saya akan berdoa untuk keluarga dan anak-anak. Tidak dilupakan doa buat saudara-mara dan sahabat handai," ujarnya yang bersedia untuk membotakkan kepala atau bercukur (Tahallul).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!