Korea Selatan, Malaysia lanjutkan perjanjian pertukaran mata wang

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

KOREA Selatan dan Malaysia melanjutkan perjanjian pertukaran mata wang mereka selama tiga tahun pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut kementerian kewangan Korea Selatan, di bawah perjanjian yang diperbaharui ini, bank pusat kedua-dua negara dibenarkan untuk menukar sehingga 5 trilion won (AS$3.65 bilion), atau RM15 bilion, saiz yang sama seperti di bawah perjanjian mereka yang sebelum ini ditandatangani pada Februari 2020.

Perjanjian yang diperbaharui ini mula berkuat kuasa pada hari yang sama dan akan berkesan sehingga 12 Mei 2027.

"Ia boleh dilanjutkan lagi atas persetujuan kedua-dua pihak.

"Pelanjutan perjanjian pertukaran mata wang ini akan membantu mempromosikan perdagangan dua hala dan mengukuhkan kerjasama kewangan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - Bernama/Yonhap

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!