Penyerang bersenjata lepas tembakan di kedai, 8 terbunuh

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

MEXICO CITY - Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, kata pendakwa raya wilayah, lapor Sputnik.

Serangan terhadap kedai itu berlaku pada Ahad malam, lapor media Mexico, sambil menambah bahawa sekumpulan lelaki tidak dikenali dengan bersenjatakan senapang dalam dua kereta melepaskan tembakan dan kemudian melarikan diri.

Kejadian ini dilaporkan boleh menjadi contoh bagaimana kartel memeras ugut wang daripada para usahawan dan menangani mereka yang enggan membayar. Serangan serupa berlaku di Morelos pada 6 Mei, yang mengakibatkan enam orang terbunuh. - Bernama/Sputnik

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!