Atwa Stolen NL juara paintball Piala Datuk Bandar Pasir Gudang

Pasukan Atwa Stolen NL muncul juara kategori Terbuka, Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024.
Pasukan Atwa Stolen NL muncul juara kategori Terbuka, Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024.
A
A
A

HANYA 20 saat diperlukan oleh pasukan Atwa Stolen NL bagi menewaskan pasukan Savages bagi kategori Terbuka Elektronik dalam aksi final Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 di Padang Hoki Politeknik Ibrahim Sultan, pada Ahad.

Menurut pemain pasukan Atwa Stolen NL, Safiq Hussein, 42, dia tidak melepaskan peluang melepaskan tembakan setelah mendapati pemain lawan sedikit leka pada aksi satu dengan satu (one by one), setelah ‘pertempuran’ kedua-dua pasukan berakhir seri.

Safiq
Safiq

“Semua pemain telah menunjukkan aksi yang baik di sepanjang permainan, tetapi permainan ini telah dilanjutkan pada aksi one by one.

“Memang berdebar-debar pada mulanya bagi memulakan aksi one by one, tetapi apabila mendapat peluang, saya tidak sia-siakannya bagi melepaskan tembakan ke arah lawan bagi memastikan mata kemenangan menjadi milik kami,” katanya.

Juara kategori Komuniti dan Jemputan milik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Juara kategori Komuniti dan Jemputan milik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Selaku juara, pasukan Atwa Stolen NL membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,000, trofi serta medal bagi setiap pemain, sementara pasukan Savages membawa pulang RM4,000 berserta medal.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang lagi pemain Atwa Stolen NL, Syed Gaddafi Syed Saifuldin, 38, berkata, momentum kemenangan pada kejohanan kali ini diharap menjadi bekal semangat bagi mengharungi satu lagi kejohanan seumpamanya di Pulau Pinang pada 22 hingga 23 Jun nanti.

Syed Gaddafi
Syed Gaddafi

Malah, pasukan yang sering berlatih di Nemesis Legion Paintball Academy di Shah Alam itu turut berharap untuk muncul juara lagi pada kejohanan berkenaan.

“Sasaran seterusnya bagi pasukan ini adalah kejohanan di Pulau Pinang, Jun nanti dan sebagai makluman kejohanan kali ini merupakan kejohanan antarabangsa kali kedua yang disertai pasukan ini.

“Sebelum ini pasukan ini menyertai kejohanan di Thailand pada 2023. Sebelum ini pun pasukan ini pernah mewakili negara pada kejohanan Intercomm World Cup Asia pada 2011 lalu," katanya.

Kejohanan diharap berikan kesedaran

Penganjuran Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024 diharap mencapai objektif memberikan pendedahan selain mempromosikan mengenai sukan ekstrem, paintball kepada orang ramai.

Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Ulaimi Yahya berkata, penganjuran kejohanan itu juga diharap dapat memupuk kesedaran terhadap kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan diri.

Aksi seorang peserta kejohanan.
Aksi seorang peserta kejohanan.

“Antara objektif penganjuran kejohanan ini untuk memberikan pendedahan sukan ekstrem (paintball) di Pasir Gudang dalam peringkat antarabangsa.

“Selain itu, menerusi sukan ekstrem paintball ini, ia diharap dapat mewujudkan sikap berdaya saing dalam kalangan masyarakat.

“Malah, sekali gus akan membantu mempromosikan Tahun Melawat Pasir Gudang 2025 kepada orang ramai,” katanya berucap sempena penganjuran kejohanan berkenaan.

Seorang peserta melepaskan tembakan ke arah lawan pada pertandingan berkenaan.
Seorang peserta melepaskan tembakan ke arah lawan pada pertandingan berkenaan.

Kejohanan yang bermula 10 hingga 12 Mei di Padang Hoki Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang itu turut disertai pasukan dari Thailand, Brunei, Singapura dan Australia.

Tiga kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu iaitu Terbuka, Klasik serta Jemputan dan Komuniti.

Pasukan DS Syndicates muncul juara kategori Klasik.
Pasukan DS Syndicates muncul juara kategori Klasik.

Bagi kategori terbuka, pasukan Atwa Stollen NL muncul juara diikuti DS Syndicates (Klasik) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) muncul pemenang kategori Jemputan dan Komuniti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!