PM Singapura serah surat letak jawatan

Hsien Loong
Hsien Loong
A
A
A

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam, memaklumkan beliau dan kerajaannya akan melepaskan tampuk kepimpinan pada Rabu, lapor Xinhua.

Dalam surat tersebut, Hsien Loong menasihati presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya.

Tharman menerima peletakan jawatan Hsien Loong dan berkata, beliau akan melantik Lawrence sebagai Perdana Menteri dan menjemputnya membentuk kerajaan baharu.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan menggalas jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan baharu, umum Lawrence pada sidang media.

Kim Yong akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan dan menggantikan Lawrence sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura.

Hsien Loong dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam Kabinet baharu, kata Lawrence yang turut mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan. - Bernama/Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!