MR D.I.Y edar 1,000 unit 'MR D.I.Y Surprise' hargai jasa ibu
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Syarikat terkemuka di Malaysia MR D.I.Y mengedarkan sebanyak 1,000 beg 'MR D.I.Y Surprise' kepada wanita bertuah yang bergelar ibu sempena Hari Ibu 2024 pada Ahad.
Ketua Pembangunan Program Yayasan MR D.I.Y, Jackson Richard berkata, inisiatif itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan insan yang bergelar ibu.
Katanya, edaran dilakukan secara rawak di sekitar Lembah Klang bagi menyantuni dan meraikan para ibu yang telah banyak berkorban demi keluarga.
"Pemberian itu mampu memberi kesan baik kepada masyarakat dalam menghargai pengorbanan para ibu di luar sana.
"Selain itu, MR D.I.Y juga menyediakan peluang pekerjaan tanpa mengira jantina," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, pihak syarikat menyambut baik sokongan kepada para wanita bergelar ibu yang bekerja mahupun suri rumah bagi sama-sama membangunkan dan memberikan impak positif kepada ekonomi negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I Y, Zaleha Mydin berkata, pihaknya percaya bahawa ibu-ibu layak untuk diraikan setiap hari.
"Sokongan, kasih sayang dan pengorbanan kaum ibu amatlah kami sanjung.
"Kejutan ini merupakan salah satu cara kami untuk mengungkapkan rasa terima kasih atas segala yang mereka lakukan," jelasnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!