'Milan kekal di hati saya selama-lamanya'

Giroud
Giroud
A
A
A

PENYERANG Olivier Giroud mengumumkan akan meninggalkan kelab Serie A Itali, AC Milan pada penghujung kempen.

Pemain antarabangsa Perancis itu tiba di San Siro pada Julai 2021 dari Chelsea memenangi gelaran Serie A pada musim pertamanya untuk kelab tersebut.

Dalam video yang dikongsi di halaman Milan di platform media sosial X, bekas penyerang Arsenal itu mengesahkan keputusannya untuk meninggalkan kelab berkenaan.

"Saya bangga dengan apa yang dilakukan di Milan selama tiga musim, saya akan bermain perlawanan dua terakhir sebelum berpindah ke MLS (Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat)

"Kisah saya bersama Milan berakhir tahun ini, tetapi Milan akan kekal di hati saya selama-lamanya," kata Giroud

Sebelum ini kontrak pemain berusia 37 tahun itu akan berakhir penghujung musim dikaitkan dengan perpindahan ke MLS bersama Los Angeles FC.

Giroud menghabiskan lima setengah musim bersama Arsenal, menjaringkan 105 gol dalam 253 penampilan dan memenangi tiga Piala FA, sebelum menyertai Chelsea pada 2018.

Beliau kemudian menikmati perjalanan karier fantastik sepanjang berkarier lebih tiga tahun di Stamford Bridge, menjaringkan 39 gol dan memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!