Hujan, ribut petir landa KL, Selangor hingga Jumaat
KUALA LUMPUR - Cuaca di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan dan ribut petir pada waktu petang sehingga Jumaat ini.
Menerusi maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), cuaca diramal baik di ketiga-tiga kawasan pada hari Rabu.
Bagaimanapun, hujan diramal melanda beberapa kawasan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang pada waktu malam.
Bagi kawasan Kuala Lumpur, hujan diramal melanda beberapa tempat pada malam Isnin.
Di kawasan Putrajaya pula, cuaca diramal baik pada waktu pagi dan malam hingga Jumaat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!