Barcelona naik kembali ke tangga kedua La Liga
BARCELONA merampas semula tempat kedua La Liga selepas menang 2-0 ke atas Real Sociedad di Estadi Olimpic Lluis Companys.
Tiga mata yang dijelmakan hasil jaringan Lamine Yamal minit ke-40 diikuti penalti lewat perlawanan Raphinha minit ke-93, membolehkan Barcelona kendalian Xavi Hernandez itu memintas Girona dengan 76 mata satu mata mengatasi lawan.
Girona sebelum itu terlepas peluang mengukuhkan cengkaman kedua terbaik La Liga selepas seri 2-2 semasa mengadakan kunjungan ke Deportivo Alaves pada Jumaat.
Sebagai rekod, Real Madrid sudah pun mengesahkan kejuaraan liga setelah mengumpul 90 mata dengan ketika saingan berbaki tiga perlawanan.
"Perjalanan masih panjang. Ia akan menjadi pertempuran hingga ke penghujungnya kerana kelab bola sepak Girona sangat kuat...
"Ia di tangan kami sekarang. Saya rasa pasukan itu sangat bagus. Tiga mata berharga. Kami lakukan beberapa kesilapan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua saya fikir kami boleh menamatkannya lebih awal," pertahanan Barcelona, Inigo Martinez.
Sementara itu, Xavi mengakui "Real Sociedad sentiasa menyukarkan kami. Mereka sentiasa sangat teratur, agresif, anda tidak mencipta bahaya untuk mereka.
"Ia adalah kemenangan penting bagi kami. Kami bermain permainan yang baik secara umum."
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!