Faisal Halim teringin makan nasi kandar

Faisal
Faisal
A
A
A

KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.

Perkembangan menggembirakan itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat berhubung dengan Faisal selepas tonggak Gergasi Merah itu sudah dipindahkan ke wad biasa pada Selasa.

"Saya hampir setiap hari ada nota suara dengan Faisal dan sekarang ini percakapannya semakin lancar. Itu yang paling penting.

"Selera makan dia pun sudah bertambah bukan sahaja makan diet lembut sahaja, tetapi juga boleh makan diet biasa.

"Dia pun sudah teringin nak makan nasi kandar," katanya katanya dalam sidang akhbar di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.

Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu.

Tonggak sayap kebangsaan itu juga sudah melalui tiga proses pembedahan termasuk prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tersebut

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!