Selangor FC harap ada perkembangan kes Faisal Halim

Shahril ketika ditemubual media dia sebuah hospital di shah Alam pada Selasa.
Shahril ketika ditemubual media dia sebuah hospital di shah Alam pada Selasa.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SELANGOR FC berharap agar pihak berkuasa dapat memberikan perkembangan terkini mengenai siasatan kes simbahan asid membabitkan tonggak utama Gergasi Merah, Faisal Halim.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal merupakan hero negara dan ramai yang menantikan perkembangan terkini hasil kes siasatan itu.

"Saya tidak tahu tetapi saya difahamkan proses siasatan sedang berjalan. Cuma harapan saya tu buatlah betul-betul siasatan itu.

"Kita cuma minta yang baik-baik sahajalah.

"Saya tak boleh komen sebab itu kena tanya IGP (Ketua Polis Negara). Saya cuma harap IGP dari semasa ke semasa kemaskini perkembangan sebab Faisal ini umpama hero negara kerana dia pemain kebangsaan dan ramai peminat.

"Jadi, harapan saya kalau ada perkembangan yang tidak begitu sensitif, harapan saya pihak berwajib dapat kemaskini perkembangan," katanya dalam sidang akhbar di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.

Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu.

Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an di Pandan Indah, Ampang pada Ahad malam, namun dibebaskan selepas direman dua hari kerana siasatan mendapati dia tiada kaitan dengan kes itu.

Artikel Berkaitan:

Selepas itu, polis turut menahan seorang lagi suspek berusia lewat 30-an di Bandar Baru Bangi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam pada itu, Shahril turut memaklumkan polis sudah merakamkan percakapan Faisal sebanyak dua kali.

"Saya tidak pasti sama ada akan ada lagi tetapi kali terakhit mingu lepas," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!