16 PATI dipenjara enam bulan

Seramai 16 PATI dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Khas PATI Pasir Mas pada Selasa.
Seramai 16 PATI dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Khas PATI Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Khas PATI Pasir Mas pada Selasa.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut seramai 15 PATI itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesalahan itu melibatkan 11 lelaki dan dua wanita warga Kemboja serta dua lelaki warga Bangladesh," katanya.

Menurut beliau, bagi Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 hanya seorang lelaki warga Kemboja yang berdepan hukuman tersebut.

Ujarnya, pada masa sama tiga wanita warga Thailand dijatuhkan hukuman atas kesalahan Peraturan 39b Peraturan-peraturan 1963.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, kesemua mereka ditangkap dalam Ops Kutip di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas pada 16 April lalu.

"OKT (Orang kena tahan) wanita dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, manakala OKT lelaki pula dihantar ke Penjara Satelite Pasir Mas untuk menjalani hukuman penjara.

Artikel Berkaitan:

"Sementara tiga wanita warga Thailand dihantar Depot Imigresen Tanah Merah (DITM) bagi pemindahan PATI ke negara asal," katanya.

Menurut beliau, pihaknya menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!