450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB

Penduduk bersiap sedia meninggalkan bandar Rafah di Gaza sejak tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih minggu lalu. Foto EPA
Penduduk bersiap sedia meninggalkan bandar Rafah di Gaza sejak tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih minggu lalu. Foto EPA
A
A
A

GAZA/TEL AVIV - Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu ketika gerombolan penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba melarikan diri daripada pertempuran sengit di bandar paling selatan semenanjung pantai itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Jalan-jalan di Rafah kosong ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan," catat Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di platform X.

"Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."

Tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih seminggu yang lalu dan sejak itu juga telah menguasai bahagian Palestin di pintu masuk sempadan Rafah ke Mesir.

Pada hari Ahad, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken mengulangi bantahan Washington terhadap serangan darat besar-besaran di Rafah.

Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lepas. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!